Rentas: SCH UniSZA jalankan tanggungjawab sosial di STEMZA

24 Julai 2019, Terengganu : Wakil Silat Cekak Hanafi Universiti Sultan Zainal Abidin telah melaksanakan sesi perkongsian teknik keselamatan diri pada hari Rabu yang lalu bersama 40 orang pelajar perempuan SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Perkongsian dijalankan dengan bantuan saudari Fatin Hanissa yang juga jurulatih Pusat Asasi UIAM Gambang bersama saudari Siti Nur Fatihah serta saudari Nur Suhailah. Perkongsian ini dijalankan dalam program SELFIRST anjuran unit bimbingan kaunseling dan unit disiplin pihak sekolah.

Menurut saudari Fatin, “program ini bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan menghargai dan menjaga diri sendiri. Sekiranya setiap ipt menjalankan tanggungjawab seperti ini secara tidak langsung dapat membuka mata para pelajar sekolah tentang pentingnya mempelajari cara untuk menjaga keselamatan diri”.

Tambahan, almarhum Ustaz Hanafi pernah berpesan “kita jangan cepat luntur dalam usaha mencapai matlamat perjuangan. Sekiranya kita tidak berjaya, anak kita akan mencapainya. Jika tidak, cucu kita akan mencapainya. Dan berusahalah bersungguh- sungguh serta bergantung hati pada Allah S.W.T”. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga program ini bermanfaat kepada semua.