Perkongsian Istimewa untuk Mahasiswi UniSZA

17 Julai 2019, Terengganu – Penasihat Silat Cekak Hanafi Universiti Sultan Zainal Abidin kampus Gong Badak iaitu En. Muhammad Hafiz bin Abdullah telah mengendalikan kelas seni mempertahankan diri khusus untuk mahasiswi-mahasiswi kampus tersebut.

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan tips-tips mudah menyelamatkan diri apabila berada dalam situasi bahaya. Kelas ini juga dijalankan secara percuma agar tidak membebankan mahasiswi-mahasiswi menimba ilmu dalam usaha menjaga maruah diri.

Selain itu, kelas tersebut dijadikan rutin mingguan setiap hari Selasa jam 5 petang. Hal ini akan memastikan setiap mahasiswi mempunyai peluang untuk mempelajari intisari perkongsian daripada En. Muhammad Hafiz. Semoga usaha ini memberi manfaat pada semua.