Silat Cekak Hanafi Menggamatkan Pengunjung Sambutan Maahad Ihya’ Al Ahmadi

6 Julai 2019, Selangor –
Seramai 15 orang ahli Silat Cekak Hanafi dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) telah terlibat dalam demonstrasi di Maahad Ihya’ Al Ahmadi, Banting hari ini.

Demonstrasi ini adalah bersempena Sambutan Maahad Ihya’ Al Ahmadi dalam slot demonstrasi seni mempertahankan diri.

Tahniah pada semua yang terlibat. Semoga demonstrasi ini dapat menarik minat orang ramai mempelajari seni mempertahankan diri terutama Silat Cekak Hanafi.