Penyerahan Buku Silat Cekak Hanafi kepada Perpustakaan UniSZA

3 Julai 2019, Terengganu :

Telah berlangsung penyerahan buku biografi Ustaz Hanafi dan buku teks Silat Cekak Hanafi di Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin. Penyerahan buku-buku tersebut bertujuan untuk dijadikan bahan rujukan mahasiswa/i dalam menyiapkan tugasan, kajian dan thesis yang berkaitan.

Penyerahan ini disempurnakan oleh En. Muhammad Hafiz bin Abdullah selaku penasihat Silat Cekak Hanafi UniSZA diiringi ahli Silat Cekak Hanafi UniSZA kepada Pn. Tengku Nur Azila bt. Tengku Aziz selaku pustakawan Perpustakaan UniSZA.

Semoga buku-buku tersebut bermanfaat untuk semua.

PENERAJU WARISAN MUTLAK

#ilmudemifaedahinsan
#cekakhanafiunisza
#sayasilatcekakhanafi