Sepanjang beberapa bulan yang lepas, warga Cekak Hanafi terus senada menyertai acara-acara larian di sekitar Lembah Klang menerusi usaha yang telah digerakkan oleh JKT Kebudayaan, Sukan dan Rekreasi Silat Cekak Hanafi (KSR). Syabas ditujukan kepada KSR yang bukan sahaja telah berjaya menarik minat ahli-ahli yang muda malahan warga Cekak Hanafi yang sudah berkeluarga pun turut sama menyertai acara tersebut dengan bergerak di bawah panji Cekak Hanafi. Untuk info terkini berkenaan larian yang akan dan telah disertai KSR, para pelayar boleh mengikuti pautan
www.instagram.com/ksr.silatcekakhanafi