Assalam ashabi, harini 5 Ramadhan tarikh keramat Silat Cekak dizahirkan semula oleh Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad daripada Allayarham Yahya Said….usaha besar daripada Ustaz Hanafi membolehkan kita mempelajari satu ilmu silat yg bermutu tinggi dan digarap kemas bersama fahaman tauhid yang jitu lagi asli oleh Ustaz Hanafi untuk kita warisi, fahami dan kembangkan.
Oleh itu, mari sama-sama kita teruskan usaha besar ini dan jadikan ianya sumbangan kita kepada masyarakat. Dengan berkah Ramadhan dan semangat Silat Cekak yang dizahirkan dibulan mulia ini selayaknya kita sebagai pendokong utama perjuangan ini menginsafi diri dengan menerima sahabat seperjuangan seadanya dan bergandingan dalam setiap langkah perjuangan yang kita bawa bersama.
Jangan dibiarkan hati-hati kita mengikut bisikan syaitan yang mahu kita berpecah belah. Sebaiknya kita rapatkan jurang antara kita dan bersatu dalam langkah perjuangan seterusnya.
Ambillah berkah Ramadhan ini untuk kita perbetulkan niat masing-masing dan bulatkan tekad perjuangan yang murni ini.
Genaplah hari ini 55 tahun dibulan hijrah Silat Cekak dizahirkan dan bertapak dibumi Malaysia yang kita kasihi.
Teruskan berjuang sahabat-sahabat yang dikasihi…jasa kalian hanya Allah swt yang membalasnya.
Al-Fatihah utk Almarhum dan sahabat seperjuangan yg telah pergi untuk selamanya.
Salam Ramadhan Kareem Syukran ashabi.
Chulan.
Silat Cekak Hanafi