Kuala Kubu Bharu – 1 Mei 2019
Seramai 20 orang pendaki Silat Cekak Hanafi telah berjaya menawan Bukit Kutu di sini hari ini.
Pendakian ke puncak setinggi 1053 meter itu adalah anjuran JKT Kebudayaan Sukan dan Rekreasi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (KSRSCH). Menurut pengarah program, saudara Idzulsyahril yang mengetuai pedakian itu berkata, “Alhamdulillah.. Segalanya berjalan dengan lancar dan cuaca sangat baik sepanjang program.. Syukur sangat-sangat.. Program #PENDAKISilatCekakHanafi yang terbaik setakat ini . Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.”
Pergerakan kumpulan pendaki bermula seawal pukul 4.30 pagi bergerak ke checkpoint 1, Masjid Kuala Kubu Bharu untuk solat Subuh.