Klik: Mahirkan diri bersama Guru Utama

Datuk Keramat 1 Mei 2019

Kelas Kemahiran Silat Cekak Hanafi menamatkan kelas bagi pusingan pertama malam ini. Kelas tersebut yang dianjurkan oleh Lembaga Pelajaran dan Tatatertib telah bermula sejak 2018 dan berakhir malam tadi untuk pusingan pertama. Menurut En Norhaiby b Mohd Shariff, Setiausaha LPT kelas ini akan di teruskan semula pada masa yang terdekat.

Para peserta juga teruja kelas pada malam ini dikendalikan oleh Yang Mulia Guru Utama, En Marwi b Latiff. Walaupun ada di kalangan para peserta masih letih setelah menyertai pendakian bukit kutu di siang hari, meraka masih bersemangat untuk bersama-sama memahirkan diri dalam aspek persilatan.

868total visits,1visits today