Gerak Pena:HANAFI, Biografi. Wajah. Kata BerSENI@Perpustakaan Universiti Malaya

Lembah Pantai – 29 April 2019

Pena Abadi sebagai penerbit buku HANAFI, Biografi. Wajah. Kata BerSENI telah menyumbangkan 2 naskhah buku tersebut kepada Perpustakaan Universiti Malaya di sini hari ini. Buku Setebal 247 muka surat ini ditulis oleh Dato Hj Md Nasir Md Arshad, beliau merupakan alumni Universiti Malaya pada tahun 1974. Sumber rujukan banyak diperolehi daripada Kajian Ilmiah Halimah Hj Ahmad. Universiti Malaya 1977/1978 bertajuk Hanafi Hj Ahmad dan Seni Silat Cekak.

Hanafi merupakan pengasas Seni Silat Cekak dan telah mengembangkan seni budaya ini sejak 1965. Universiti Malaya merupakan Institiut Pengajian Tinggi yang pertama menerima Seni Silat Cekak dan didaftarkan sebagai sebuah persatuan di Universiti Malaya pada 11 Januari 1975. Kini dikenali sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Malaya. Buku ini sebagai sumber rujukan kepada penuntut Seni Silat Cekak Hanafi khasnya dan kepada pelajar pelajar Universiti Malaya amnya.