Lensa: 2K Terus Dominan KWN22

Lembah Pantai 27 April 2019

Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi 22 telah berlangsung cukup meriah di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di sini hari ini.

Edisi kali ini menyaksikan 659 peserta beraksi untuk mempamerkan persembahan yang terbaik disamping memperkenalkan Silat Cekak Hanafi di mata masyarakat khususnya warga Universiti Malaya.

SMK Kosas dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) masing-masing menjuarai kedua-dua bahagian Lelaki serta Wanita. SMK Kosas sememangnya tidak asing lagi dalam arena Wajadiri ini kerana mereka telah membuktikan kemampuan mereka dengan menjuarai kejohanan ini berturut-turut sejak hampir sedekad yang lalu.

Inilah harga yang mereka perlu bayar setelah pihak sekolah mereka memberi kepercayaan penuh kepada pasukan Silat Cekak Hanafi Taman Kosas yang menyertai kejohanan ini setiap tahun.

Syabas kepada Silat Cekak Hanafi Universiti Malaya (CHUM) kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan kali ini dengan jayanya. CHUM juga turut berjaya mengumpulkan ALUMNI mereka untuk turut serta menjayakan temasya ini. ‘Saya cukup gembira kerana dapat bersama-sama sekali lagi di tempat yang sama semasa wajadiri edisi 2000’ ujar Cik Nur Rafizah Rahamad, AlLUMNI CHUM yang pernah menggalas tugas sebagai bendahari kejohanan semasa edisi 2000 tersebut.

Keputusan Penuh Kejohanan adalah:

BAHAGIAN SEKOLAH (PUTERI)

KATEGORI 1 (Berpasangan) - Menangkis Serangan Pisau (1 minit)

1 SMK Taman Kosas
2 SMK Seri Serdang
3 SMK Tasek Permai

KATEGORI 2 (Berpasangan) - Menangkis Serangan Kaki (1 minit)

1 SMK Seri Serdang
2 SMK Taman Kosas
3 SMK Syeikh Abdul Ghani

KATEGORI 3 (Berpasangan) - Menangkis Serangan Tongkat (1 minit)

1 SMK Taman Kosas
2 SMK Jalan Tiga
3 SMK Seri Serdang

KATEGORI 4 (Berkumpulan) - Umum (30 Saat)

1 SMK Taman Kosas
2 SMK Tasek Permai
3 SMK Syeikh Abdul Ghani

KATEGORI 5 (Berkumpulan) - Persembahan Di Atas Papan Sekeping (30 Saat)

1 SMK Seri Serdang
2 MRSM Kuala Klawang
3 SMK Taman Kosas

KATEGORI 6 (Berkumpulan) - Adegan Praktikal (2 minit)

1 MRSM Kuala Klawang
2 SMK Seri Serdang
3 SMK Jalan Tiga

KATEGORI 7 (Berkumpulan) - Senaman Asas Wajadiri & 6 Buah Jatuh Kreatif (3 minit)

1 SMK Taman Kosas
2 SMK Seri Serdang
3 SMAP Kajang

KATEGORI 8 (Berkumpulan - Khas) -Buah Jatuh 6 Buah Seragam (2 minit)

1 SMAP Kajang
2 SMK Tasek Permai
3 SMK Taman Kosas

BAHAGIAN SEKOLAH (PUTERA)
KATEGORI 1 (Berpasangan) – Menangkis Serangan Pisau (1 minit)
1 SMK Seri Serdang
2 SMK Taman Kosas
3 SMK Jalan Tiga

KATEGORI 2 (Berpasangan) – Menangkis Serangan Kaki (1 minit)
1 SMK Taman Kosas
2 SMK Seri Serdang
3 SMK Bidor

KATEGORI 3 (Berpasangan) – Menangkis Serangan Tongkat (1 minit)
1 SMK Taman Kosas
2 SMK Seri Serdang
3 MTD

KATEGORI 4 (Berkumpulan) – Umum (30 Saat)
1 SMK Taman Kosas
2 MTD
3 SMK Seri Serdang

KATEGORI 5 (Berkumpulan) – Persembahan Di Atas Papan Sekeping (30 Saat)
1 SMK Seri Serdang
2 MTD
3 SMK Taman Kosas

KATEGORI 6 (Berkumpulan) – Adegan Praktikal (2 minit)
1 SMK Taman Kosas
2 SMK Seri Serdang
3 MTD

KATEGORI 7 (Berkumpulan) – Senaman Asas Wajadiri & 6 Buah Jatuh Kreatif (3 minit)
1 SMK Seri Serdang
2 SMK Taman Kosas
3 MTD

KATEGORI 8 (Berkumpulan – Khas) -Buah Jatuh 6 Buah Seragam (2 minit)
1 SMK Tasek Permai
2 SMK Taman Tasik
3 SMK Taman Kosas

BAHAGIAN IPT (WANITA)
KATEGORI 1 (Berpasangan) – Menangkis Serangan Pisau (1 minit)
1 UniKL MFI
2 UM
3 UMT

KATEGORI 2 (Berpasangan) – Menangkis Serangan Kaki (1 minit)
1 UM
2 UniKL MFI
3 UniSZA

KATEGORI 3 (Berpasangan) – Menangkis Serangan Tongkat (1 minit)
1 KUIS
2 UIA Gombak
3 UKM

KATEGORI 4 (Berkumpulan) – Umum (30 Saat)
1 KUPTM
2 UniSZA
3 UM

KATEGORI 5 (Berkumpulan) – Persembahan Di Atas Papan Sekeping (30 Saat)
1 KUIS
2 UniSZA
3 KUPTM

KATEGORI 6 (Berkumpulan) – Adegan Praktikal (2 minit)
1 KUIS
2 UniSZA
3 UM

KATEGORI 7 (Berkumpulan) – Senaman Asas Wajadiri & 6 Buah Jatuh Kreatif (3 minit)
1 KUPTM
2 UIA Gombak
3 UTP

KATEGORI 8 (Berkumpulan – Khas) -Buah Jatuh 6 Buah Seragam (2 minit)
1 KUIS
2 UIA Kuantan
3 UniSZA

BAHAGIAN IPT (LELAKI)
KATEGORI 1 (Berpasangan) – Menangkis Serangan Pisau (1 minit)
1 KUIS
2 UM
3 UniKL MFI

KATEGORI 2 (Berpasangan) – Menangkis Serangan Kaki (1 minit)
1 UM
2 KUIS
3 UniKL MFI

KATEGORI 3 (Berpasangan) – Menangkis Serangan Tongkat (1 minit)
1 KUIS
2 UM
3 UniKL MFI

KATEGORI 4 (Berkumpulan) – Umum (30 Saat)
1 UniKL MFI
2 KUIS
3 UIA Gombak

KATEGORI 5 (Berkumpulan) – Persembahan Di Atas Papan Sekeping (30 Saat)
1 KUIS
2 UniKL MFI
3 UM

KATEGORI 6 (Berkumpulan) – Adegan Praktikal (2 minit)
1 KUIS
2 UTP
3 UKM

KATEGORI 7 (Berkumpulan) – Senaman Asas Wajadiri & 6 Buah Jatuh Kreatif (3 minit)
1 KUIS
2 UTP
3 UM

KATEGORI 8 (Berkumpulan – Khas) -Buah Jatuh 6 Buah Seragam (2 minit)
1 KUIS
2 IKM, KL
3 UKM

BAHAGIAN CAWANGAN/AKADEMI
KATEGORI 1A (Berpasangan) – Menangkis Serangan Pisau (1 minit) Lelaki
1 Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Sembilan
2 Akademi Silat Cekak Hanafi, Selangor
3 Akademi Silat Cekak Hanafi, KL

KATEGORI 2A (Berpasangan) – Menangkis Serangan Kaki (1 minit) Lelaki
1 Silat Cekak Hanafi Cawangan Selangor
2 Akademi Silat Cekak Hanafi, Selangor
3 Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Sembilan

KATEGORI 3A (Berpasangan) – Menangkis Serangan Tongkat (1 minit) Lelaki
1 Akademi Silat Cekak Hanafi, KL
2 Akademi Silat Cekak Hanafi, Selangor
3 Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Sembilan

KATEGORI 1B (Berpasangan) – Menangkis Serangan Pisau (1 minit) Wanita
1 Akademi Silat Cekak Hanafi, KL
2 Silat Cekak Hanafi Cawangan Terengganu
3 Silat Cekak Hanafi Cawangan Selangor

KATEGORI 2B (Berpasangan) – Menangkis Serangan Kaki (1 minit) Wanita
1 Akademi Silat Cekak Hanafi, KL
2 Silat Cekak Hanafi Cawangan Terengganu
3 Silat Cekak Hanafi Cawangan Selangor

KATEGORI 3B (Berpasangan) – Menangkis Serangan Tongkat (1 minit) Wanita
1 Akademi Silat Cekak Hanafi, KL
2 Silat Cekak Hanafi Cawangan Terengganu
3 Silat Cekak Hanafi Cawangan Selangor

KATEGORI 4 (Berkumpulan) – Umum (30 Saat)
1 Akademi Silat Cekak Hanafi, KL
2 Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Sembilan
3 Silat Cekak Hanafi Cawangan Selangor

KATEGORI 5 (Berkumpulan) – Persembahan Di Atas Papan Sekeping (30 Saat)
1 Silat Cekak Hanafi Cawangan Selangor
2 Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Sembilan
3 Akademi Silat Cekak Hanafi, KL

KATEGORI 6 (Berkumpulan) – Adegan Praktikal (2 minit)
1 Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Sembilan
2 Silat Cekak Hanafi Cawangan Selangor
3 Akademi Silat Cekak Hanafi, Selangor

KATEGORI 7 (Berkumpulan) – Senaman Asas Wajadiri & 6 Buah Jatuh Kreatif (3 minit)
1 Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Sembilan
2 Akademi Silat Cekak Hanafi, KL

PESILAT HARAPAN
Sekolah Putera: MUHAMMAD IZZAWANI ZAIDIE HIRULNIZAM dari MTD
Sekolah Puteri: SITI NURDIANA BT. MOHAMAD AMIN dari SMK Taman Kosas
IPT lelaki: MUHAMMAD HAKIM BIN MOHD HAIZAN dari KUIS
IPT wanita: NURULAIN SYAHIRAH BINTI JAAFAR dari KUPTM
Caw Lelaki: SHAHRUL IMAN BIN MOHAMMAD KORI dari SCH Cawangan Selangor (PLBBB)
Caw Wanita: NURUL ZAHIRAH BT MARZUKI dari ASCH KL

JUARA KESELURUHAN
SEKOLAH PUTERI:
1 SMK Taman Kosas
2 SMK Seri Serdang
3 SMK Tasek Permai

SEKOLAH PUTERA:
1 SMK Taman Kosas
2 SMK Seri Serdang
3 SMK Jalan Tiga

IPT WANITA:
1 KUIS
2 KUPTM
3 UM

IPT LELAKI:
1 KUIS
2 UM
3 UniKL MFI

CAWANGAN/AKADEMI:
1 Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Sembilan
2 Akademi Silat Cekak Hanafi, KL
3 Akademi Silat Cekak Hanafi, Selangor

Ibarat kata YM Guru Utama, masuk bertanding pun dah dikira sebagai pemenang, kerana bukan semua yang berani masuk bertanding.

Tahniah kepada semua peserta. Sesungguhnya, hadiah yang terbaik adalah memori yang indah.Tahniah dan syabas juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak bagi memastikan kejohanan ini dapat dilangsungkan dengan penuh gemilang. Sumbangan 227 naskah buku HANAFI bernilai RM 7,945 daripada badan koperat dan ahli SCH sebagai hadiah kepada pemenang pertama Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Hanafi di UM. Sumbangan buku ini adalah usaha yang telah dijalankan oleh Dato’ Haji Nasir b Md Arshad yang merupakan Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia juga ALUMNI Silat Cekak Hanafi UM.

Edisi seterusnya akan ke bumi Terengganu Darul Iman setelah diputuskan oleh Lembaga Pelajaran dan Tatatertib yang bersetuju hos seterusnya adalah Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA).