Lensa: Wajadiri@DTC Universiti Malaya Kembali Selepas Hampir 2 Dekad

Kuala Lumpur 24 April 2019

Silat Cekak Hanafi Universiti Malaya kembali menghangatkan Wajadiri edisi kali ke-22 melalui sessi bual bicara di Bernama TV di sini hari ini.

Kejohanan yang berprestij ini akan berlangsung pada 27 April 2019 Sabtu ini, merupakan penganjuran kali kedua bagi Silat Cekak Hanafi Universiti Malaya (CHUM).

Kontijen-kontijen dari seluruh Malaysia sudah pasti telah bersedia untuk semarakkan lagi kehangatan bahang Wajadiri kali ini.