Kem Tempur Pendekar Anjuran Silat Cekak Hanafi UIAM Kuantan

Kuantan, 10 Februari 2019 (Ahad) – Lebih kurang 45 orang pendekar Silat Cekak Hanafi Pahang telah menyertai KEM TEMPUR PENDEKAR dengan jayanya yang berlangsung pada 9-10 Februari 2019 di Kem Akademi Azam, Kuantan, Pahang.


Para pendekar terdiri daripada ahli-ahli Silat Cekak Hanafi gabungan kelas UIAM Kuantan, CFS UIAM Gambang, SMK Astana dan Pusat Latihan Kuantan. Objektif kem ini adalah untuk menaikkan semangat para ahli dan juga menyediakan latihan intensif kesemua tiga peringkat SCH dalam masa 2 hari 1 malam.



Semoga kem anjuran Silat Cekak Hanafi UIAM Kuantan kali ini memberi impak yang maksima terhadap diri para pendekar dalam usaha menaikkan semangat dan seterusnya memajukan Silat Cekak Hanafi khususnya di cawangan Pahang.


#KebangkitanPendekar
#FamilySCHBergabung
#KitaSilatCekakHanafi
#PenerajuWarisanMutlak

4568total visits,2visits today