Salam Takziah Kepada Keluarga dan Sahabat Allahyarham Abdul Azman bin Johan

Assalamualaikum w.b.t Warga Cekak Hanafi.

Dukacita dimaklumkan Allahyarham Abdul Azman bin Johan yang telah pulang ke menghadap Illahi pada jam 4.03 pagi pada 29 Disember 2018 bersamaan 21 Rabiul Akhir 1440H

Kami dari seluruh warga Silat Cekak Hanafi turut merasakan kehilangan beliau. Seorang teman, sahabat, insan yang telah membuat sumbangan yang besar dan tidak ternilai kepada pergerakan persatuan ini. Dikesempatan ini juga, pihak Persatuan mengucapkan salam takziah kepada pihak keluarga Allahyarham Abdul Azman bin Johan, sahabat handai, serta kenalan-kenalan arwah.

Sama-samalah kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan solehah. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

~Al-Fatihah~