Majlis Malam Citra Lestari (MCL) 2018 Meriah Dan Indah Berbusana

Bandar Baru Bangi, 16 Disember 2018 (Ahad) – Majlis Malam Citra Lestari (MCL) 2018 anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Selangor telah berlangsung dengan meriah dan jayanya di Dewan Kenanga, Bangi Golf Resort, Bangi.

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mazwan Bin Johar (Adun Sungai Ramal).

 

Tujuan utama majlis ini adalah bagi meraikan ahli-ahli dan menyampaikan penghargaan kepada individu yang berjasa dalam pergerakkan Silat Cekak Hanafi, terutamanya daripada Cawangan Selangor di samping merapatkan hubungan silatulrahim sesama ahli dan masyarakat.

 

Kehadiran seramai 220 orang yang terdiri ahli Silat Cekak Hanafi daripada KUIS, UKM, UNITEN, UPM, SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi, SMK Taman KOSAS, SMK Seri Serdang, Kelas Latihan Awam Silat Cekak Hanafi Selangor, alumni-alumni, jurulatih, penyelia kelas, penasihat persatuan disekolah dan IPT, ahli-ahli MMN Negeri Selangor, ahli-ahli MMN Negeri Sembilan, wakil MMK, Penasihat persatuan Silat Cekak Hanafi dan ahli-ahli lama Silat Cekak Hanafi.

 

Persembahan Kesenian istimewa iaitu Deklamasi sajak oleh Professor Dr. Supyan Hussin (Pengarah ATMA, UKM) yang bertajuk “Cekak Terjulang” telah disampaikan pada malam tersebut.

 

Di majlis ini juga menjadi saksi pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dengan Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA UKM).

 

Antara aktiviti menarik di majlis ini adalah cabutan bertuah, pertandingan busana teranggun, dan Kahoot-it yang menyerikan lagi suasana majlis.

Majlis tamat sekitar jam 11.00 malam.

 

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga berjumpa lagi di majlis yang akan datang, InsyaAllah.

#MCL2018
#malamcitralestari
#SilatCekakHanafi
#berbusana