Persembahan Silat Cekak Hanafi di Club Bazar UNITEN

Kajang, 29 November 2018 (Khamis) – Ahli-ahli Silat Cekak Hanafi mempersembahkan persembahan silat dengan penuh bersemangat kepada pelajar-pelajar UNITEN disini hari ini sempena Club Bazar UNITEN.

Persembahan Silat Cekak Hanafi yang diwakili seramai 6 orang ahli tersebut adalah bertujuan untuk menarik minat para pelajar UNITEN untuk mendekati dan seterusnya mempelajari Silat Cekak Hanafi, iaitu salah satu warisan pusaka bangsa Melayu yang asli ini.

Ahli-ahli kelab Silat Cekak Hanafi UNITEN mensasarkan pengambilan ahli baru yang lebih ramai dan sekurang-kurangnya 20 orang.

Tonton persembahan Silat Cekak Hanafi di UNITEN di pautan di bawah:-
https://www.facebook.com/schuniten/videos/1149994381822026/

Semoga terus subur Silat Cekak Hanafi di UNITEN.

#kitauniten
#persembahansilat
#silatcekakhanafi
#warisanpusakabangsa