Majlis Petua Di KUIS Beri Lebih Pendedahan Kepada Ahli Silat Cekak Hanafi

Bandar Seri Putra, 2 Disember 2018 – Majlis Petua Silat Cekak Hanafi telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) hari ini.

Majlis Petua adalah majlis yang ditunggu-tunggu oleh ahli-ahli tamat Silat Cekak Hanafi.
Dan lebih istimewa apabila majlis petua ini disampaikan oleh Yang Mulia, Encik Marwi bin Latif selaku Guru Utama Silat Cekak Hanafi.

Seramai 50 orang peserta hadir ke majlis petua ini yang rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli dari Kelas Latihan Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), KUIS sendiri seterusnya ahli-ahli sekitar Selangor.

Banyak input yang telah disampaikan kepada ahli-ahli tamat bagi menambahkan lagi pemahaman, keyakinan dan kemahiran ahli-ahli Silat Cekak Hanafi.

Menjadi harapan agar setiap peserta yang menyertai majlis petua kali ini akan terus bergiat dengan lebih aktif dalam mengembangkan Silat Cekak Hanafi di tempat masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir. Tahniah juga kepada pihak Tuan Rumah yang banyak membuat persiapan awal bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Berminat untuk pelajari Silat Cekak Hanafi? Klik DISINI.

#majlispetuasilatcekakhanafi
#silatcekakhanafi
#KUIS