Program Perwira Wajadiri 1.0 Silat Cekak Hanafi Terengganu

Kampung Merang, 17 November 2018 (Sabtu) – Program Perwira Wajadiri 1.0 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam dan penuh dengan aktiviti-aktiviti yang berkonsep motivasi dan dan menanam semangat sayang dan cintakan Silat Cekak Hanafi khususnya.

Seramai 38 orang kesemuanya terlibat dalam program ini. Rata-rata merupakan ahli Silat Cekak Hanafi dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, UniSZA Kampus Tembila Besut, dan juga Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Turut hadir bagi merasmikan majlis penutup program ini adalah Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, Dato’ Hj. Md Nasir Bin Md Arshad.

Tahniah kepada semua peserta dan penganjur. Semoga terus mekar bersemangat mempromosikan Silat Cekak Hanafi di bumi Terengganu.

#HidupCekakHanafi
#PerwiraWajadiri1.0
#SCHTerengganu