Jemputan Malam Citra Lestari II Anjuran SCH Selangor

Kisah Santapan Temasya Gemilang

Bermulalah satu kisah epik santapan temasya gemilang yang pernah wujud di satu negeri di Tanah Melayu satu ketika dahulu.

“Yang berpangkat datang dihormati”
“Yang dihormati datang menjunjung kasih”
“Yang tua datang disanjungi”
” Yang muda datang dikasihi”
“Yang jauh datang dimesrakan”
“Yang dekat datang disimpulkan”

2016 bermulalah ia, Malam Citra Lestari mencuit kenangan.. Gelak ketawa, sedu sedan masih lagi terbayang di mata..Kukuh ikatan sehati sejiwa seia sekata senafas seudara..

 

2018 muncul sudah, satu kisah epik sejarah santapan terhebat akan terpahat dalam sejarah Silat Cekak Hanafi Selangor..

Pihak Silat Cekak Hanafi Selangor menjemput kakanda, adinda, adinda puspa dewi, anak muda ke Malam Citra Lestari II.

Mulanya bertemasya:

“Tanggal 16 Disember menjadi pilihan”.
“Bermulanya jam 7.45 malam.
“Bertema Indahnya Berbusana”.
“Rendah bayarannya – RM 400/meja (pelajar); RM 600/meja (dewasa)”
“Dewan Kenanga, Bangi Golf Resorts, Bandar Baru Bangi akan jadi sejarah”

Gah majlisnya acaranya disusun

“Santapan enak pemikat rasa”
“Cabutan bertuah hadiah bermakna”
“Anugerah Citra untuk susuk tubuh yang istimewa”
“Sesekali tidak pernah dilupa bagi yang berjasa”
.
“Bukalah jurusmu.. Bukalah langkahmu lekaslah hubungi wakil santapan temasya gemilang ini..Terhenti langkahmu, maka majlis ini akan beredar pergi”

Inche’ Qismu – 0126250021
Che’ Puan Nor Hafizah – 013 4473666

Atau menerusi pautan ini

https://goo.gl/forms/88JArgGSblImjGb53

Malam Citra Lestari menantikan kedatangan kakanda, adinda, adinda puspa dewi, orang muda.. Kedatangan semua memberi pengertian seribu makna dalam mencoret sebuah perjuangan..

TAMAT

Dikarang oleh:
Pak Anjang Qismu
KPS SCH Selangor