Salam Takziah Kepada Keluarga dan Sahabat Allahyarham Zainal Ariffin bin Abd Hamid

Assalamualaikum w.b.t.

Dukacita warga Malaysia dikhabarkan berita pemergian pelakon tanah air, Allahyarham Zainal Ariffin bin Abd Hamid atau dikenali dengan nama mesra Zaibo pada hari Rabu, 14 November 2018 yang lepas.

Allahyarham Zaibo juga dikenali dengan watak Pak Selamat di dalam siri televisyen komedi Malaysia iaitu Spanar Jaya, pernah menceriakan ramai masyarakat satu masa dahulu.

Dikesempatan ini, pihak Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia mengucapkan salam takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham Zainal Ariffin bin Abd Hamid, sahabat handai, serta kenalan-kenalan arwah.

Semoga Arwah ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman.

~Al-Fatihah~

Baca info tambahan :-
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zainal_Ariffin_Abdul_Hamid
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/11/498002/zaibo-meninggal-dunia