Penuh Pengisian Dan Kupasan Di Kursus Jurulatih Tahap 3

Taman Shamelin Perkasa, 27 Oktober 2018 (Sabtu) – Kursus Jurulatih Tahap 3 Silat Cekak Hanafi telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM KL) hari ini.

Seramai 24 peserta telah hadir ke kursus ini yang rata-ratanya jurulatih daripada sekitar Lembah Klang. Ada juga jurulatih yang hadir dari negeri Terengganu, Pahang dan juga Pulau Pinang.

Banyak pengisian-pengisian berkaitan Silat Cekak Hanafi yang dikupas dan telah dikongsikan oleh penceramah-penceramah jemputan.

   

Penceramah-penceramah jemputan adalah terdiri daripada pendokong Silat Cekak Hanafi iaitu:-
– Yang Mulia En. Marui @ Marwi Bin Latif (Penaung merangkap Guru Utama)
– Tn. Hj. Amruddin Bin Hj. Buang (Penasihat Persatuan dan ahli LPT)
– En. Nor Azlan Shah Bin Abdull Gaffoor (Presiden Persatuan dan ahli LPT)
– En. Kamaruzaman Bin Hj. Ahmad (Naib Presiden II dan ahli LPT)
– Tn. Hj. Mohd Shafiei Bin Abdul Latif (Ahli LPT)

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menghadiri kursus yang penuh bermakna dan penuh pengisian ini.

 

Harapan semua jurulatih yang hadir mendapat manfaat daripada kursus ini dan seterusnya mengamal dan menyampaikan input-input yang baik kepada penuntut-penuntut Silat Cekak Hanafi di negeri dan khususnya kelas masing-masing.

#kursusjurulatihtahap3
#silatcekakhanafi
#kuptmkl