Program Jom Selamat di Kolej Kediaman UniSZA

Gong Badak, 2 Ogos 2018 (Khamis) : Telah berlangsungnya Program Jom Selamat di Kolej Kediaman Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 2 Ogos 2018 bertempat di Speaker Corner Kolej Kediaman UniSZA yang mana seramai 50 orang peserta hadir. Selama 3 jam program tersebut berlangsung dari jam 8 malam sehingga 11 malam, banyak kupasan menarik berkenaan isu keselamatan di Kolej Kediaman UniSZA. Program tersebut dirasmikan oleh Dekan Fakulti Bahasa & Komunikasi, YBrs. Prof. Madya Dr. Zulazhan bin Ab. Halim dan penyampai ceramah adalah Encik Muhammad Hafiz bin Abdullah juga merupakan Felo Kolej Kediaman UniSZA merangkap Penolong Pegawai Tadbir dan juga Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA.

Program tersebut merupakan anjuran Majlis Kolej Kediaman UniSZA (MKK) dengan kerjasama Kolej Kediaman UniSZA yang mana ia adalah bertujuan pendedahan isu keselamatan semasa berada di Kolej Kediaman (Asrama). Antara isu yang disampaikan oelh penceramah adalah berkaitan kebakaran, banjir, litar pintas, kesalahan lalu lintas, kesalahan melanggar peraturan kolej kediaman dan kemuncaknya tajuk adalah berkenaan beladiri. Kesemua tajuk tersebut adalah perkara selalu terjadi di Kolej Kediaman dan perlu disampaikan bagi memupuk kesedaran kepada semua pelajar agar menitik berat akan keselamatan sepanjang belajar di Universiti.

Berkaitan tajuk beladiri adalah isu yang kerap terjadi tetapi tiada pendedahan formal akan cara untuk tangani kes tersebut. Justeru itu, MKK telah memberi inisiatif kepada penceramah yang mana bidang kepakarannya dalam seni beladiri dan juga merupakan jurulatih Silat Cekak Hanafi untuk mengupas dan memberi tunjuk ajar asas dalam menangani kes buli, rompakan, cabul dan ragut. Cara penyampaian yang agak menarik dari penceramah dengan penglibatan peserta membuatkan semua agak teruja dan mendapat manfaat dengan pengajaran asas beladiri tersebut, malahan teknik yang diajar mudah difahami untuk dipraktikkan kepada semua peringkat umur dan gender di UniSZA.

 

Diakhir program tersebut, penceramah memberi cerminan dan gambaran bahawa isu keselamatan di Kolej Kediaman dan seni beladiri merupakan satu perkara yang amat penting bagi mengekalkan keharmonian di kampus ataupun dimana sahaja.

#JomSelamat
#SilatCekakHanafi
#UniszaPastiTahu