Sambutan Hari Sukan Negara @ Silat Cekak Hanafi 2018

Datuk Keramat, 13 Oktober 2018 – Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) tidak terlepas menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menyambut Hari Sukan Negara dengan meriah dan jayanya bagi tahun ini.

Aktiviti yang dijalankan adalah Latihan Intensif Silat Cekak Hanafi bersama Yang Mulia Guru Utama, En. Marwi Bin Latif yang berbentuk senaman dan latihan Silat Cekak Hanafi.

Ini adalah merupakan program julung-julung kalinya diadakan oleh Silat Cekak Hanafi dan seramai 108 pengamal Silat Cekak Hanafi telah bersama-sama menyahut seruan program anjuran Silat Cekak Hanafi ini.

Silat Cekak Hanafi merupakan penganjur berdaftar yang sah bagi menjalankan aktiviti Hari Sukan Negara 2018 di bawah kategori Persatuan/NGO. Kesemua peserta amat teruja dapat berkumpul melakukan aktiviti sihat ini dan juga menerima Sijil Penyertaan program Hari Sukan Negara yang ditanda tangani oleh Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Program diakhiri dengan sesi bergambar dan nyanyian lagu Keranamu Malaysia bagi menebalkan semangat cintakan negara Malaysia.

Saudara Norazali Bin Razali selaku Pengarah Program Hari Sukan Negara @ Silat Cekak Hanafi 2018 gembira dengan sambutan pada kali ini dan dengan harapan program ini diteruskan bagi tahun-tahun akan datang bersama lebih ramai lagi penyertaan daripada ahli-ahli Silat Cekak Hanafi di seluruh Malaysia.

“Saya berharap, program sambutan Hari Sukan Negara @ Silat Cekak Hanafi ini dapat diteruskan pada masa hadapan, dan kita akan sentiasa menyahut seruan KBS sebagai tanda sokongan kepada kementerian. InsyaAllah, pada masa hadapan Silat Cekak Hanafi akan berkolaborasi bersama KBS untuk menjayakan Hari Sukan Negara” katanya.

Layari https://cekakhanafi.com

#HariSukanNegara
#HSN2018
#YouthPower
#GetYourGameOn
#SilatCekakHanafi