Majlis Petua Bersama Guru Utama Di Kuantan

Kuantan, 7 Oktober 2018 (Ahad) – Majlis petua telah diadakan di UIAM Kuantan bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dengan banyak input baru.

Seramai 18 orang ahli tamat dari pelbagai cawangan dan kelas telah berjaya menghadiri majlis ini.

Ada yang menggelarkan majlis petua ini dengan istilah “Ijazah ke-4” setelah menamatkan ketiga-tiga ijazah utama dlm pembelajaran Silat Cekak Hanafi.

Majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan dalam suasana yang ceria. Semoga semua yang hadir dapat manfaatkan ilmu yang disampaikan sebaik mungkin.

#majlispetua

#silatcekakhanafi

#bersamaGuruUtama