Jurulatih Dan Ahli Tamat Perkemas Buah Dan Silibus Matapelajaran

Kuantan, 6 Oktober 2018 (Sabtu) – Julung kalinya telah berlangsung program istimewa jurulatih & ahli tamat Silat Cekak Hanafi (SCH) bersama Encik Norhaiby selaku Setiausaha Lembaga Pelajaran & Tatatertib SCH anjuran SCH IIUM Kuantan.

Program ini disertai seramai 28 org ahli SCH yang terdiri daripada ahli-ahli SCH dari cawangan Pahang, UIA Gambang, SMK Astana dan UIA Kuantan.

Tujuan program ini adalah untuk memperkemaskan sukatan matapelajaran dan menjelaskan persoalan yang timbul dari kalangan penuntut SCH.

Program bermula dari jam 2.30 petang dan tamat sekitar 6.00 petang. Banyak ilmu dan maklumat yang berguna telah dikongsikan oleh En. Norhaiby bersama pengamal SCH yang hadir. Semoga dengan program perkongsian seperti ini akan terus memberi manfaat pada semua penuntut dan pengamal SCH.

#HogohPahangHogoh
#JomBangkitBersama
#SilatCekakHanafi