SelFi Bermanfaat Dan Promosikan Silat Cekak Hanafi

Kuantan, 6 Oktober 2018 (Sabtu) – Selamat First (SelFi) telah berlangsung di UIAM Kuantan dari jam 8.00 pagi hingga 12.45 tengahari dengan jayanya disini hari ini.

Program yang dianjurkan oleh IIUM PEERS Kuantan dengan kolaborasi Mahallah Fatimah Az-Zahra dan Mahallah Ummu Kalthum ini dikhususkan kepada para siswi sahaja.

Matlamat program adalah memberi pendedahan langkah awal kecemasan dan keselamatan diri kepada para siswi seluruh UIAM Kuantan.

Seramai 47 orang siswi termasuk sebahagiannya adalah daripada ahli Silat Cekak Hanafi sendiri telah mendaftarkan diri sebagai peserta.

Slot langkah awal kecemasan dikongsikan oleh En. Muhamad Ariffzulfitri, ‘sport first aider’ UIAM Kuantan.

Manakala slot teknik keselamatan diri dikongsikan oleh En. Norhaiby, Setiausaha Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi Malaysia.

Banyak info berguna dan bermanfaat telah dikongsi dalam suasana yang santai dan ceria.

Demonstrasi dari pasukan SCH IIUM Kuantan turut dipersembahkan pada majlis penutup.

Di harap dengan persembahan demo yg berlangsung beberapa minit sambil diselangi dengan penerangan daripada En.Norhaiby dapat menarik minat para siswi untuk menyertai SCH IIUM Kuantan.

Tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan program yang penuh bermaanfaat kpd org ramai. Semoga program seperti ini dpt dianjurkan lagi di masa akan datang.

#SelFi
#SELamatFIrst
#schiiumkuantan
#silatcekakhanafi