Kursus Intensif Kejurulatihan Menambahkan Keyakinan Pesilat Cekak Hanafi

Kg. Pandan, 30 September 2018 (Ahad) – Jurulatih-jurulatih sekitar Lembah Klang yang terdiri daripada Jurulatih Tahap 2 dan Tahap 3 hadir bersama dalam Kursus Intensif Kejurulatihan Silat Cekak Hanafi anjuran Silat Cekak Hanafi Cawangan Selangor di Dewan Institut Kemahiran MARA (IKM), Kg. Pandan, Kuala Lumpur.

Kursus ini adalah sebagai satu ‘platform’ persiapan diri bagi Jurulatih Tahap 2 dan Tahap 3 untuk mereka lebih berani dan yakin dengan pembawakan Silat Cekak Hanafi. Dengan secara tidak langsung, para jurulatih yang baru dilantik dapat terus mengembangkan ilmu yang bermanfaat ini kepada masyarakat.

Seramai 60 orang jurulatih telah menghadiri kursus ini.

Slot ceramah telah disampaikan oleh Saudara Norhaiby selaku Setiausaha Lembaga Pelajaran dan Tatatertib, Saudara Nor Azlan Shah Bin Abdull Gaffoor, Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dan Tuan Haji Amruddin, Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Manakala slot praktikal pula disampaikan oleh Yang Mulia Guru Utama Encik Marwi bin Latif dibantu oleh 14 jurulatih yang lain.

Dengan adanya kursus seperti ini, semoga jurulatih-jurulatih yang hadir menerima manfaat dan dapat mendidik dan membantu meningkatkan kualiti dalam pembelajaran dan pengajaran Silat Cekak Hanafi kepada masyarakat setempat.

 

#kursusintensifkejurulatihan
#KIKSCH
#SilatCekakHanafi