Takziah Wira-wira Negara. Terima kasih Penyelamat Negara.

Assalamualaikum w.b.t.

Dukacita warga Malaysia dikejutkan dengan berita 6 wira negara lemas dalam operasi menyelamatkan remaja di sebuah lombong bertempat di Puchong semalam.

Wira-wira tersebut adalah :-

1) Allahyarham Mohd Fatah Hashim, 34 tahun
2) Allahyarham Izatul Akma Wan Ibrahim, 32 tahun
3) Allahyarham Mazlan Omarbaki, 25 tahun
4) Allahyarham Yahya Ali, 24 tahun
5) Allahyarham Adnan Othman, 33 tahun
6) Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 tahun

Dikesempatan ini, pihak Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga, sahabat handai, serta kenalan-kenalan wira-wira negara.

Semoga wira-wira negara ini ditempatkan dikalangan orang beriman.

~Al-Fatihah~

Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh anggota penyelamat negara. Besar dan mulia pekerjaan anda semua, semoga Allah permudahkan urusan semua sentiasa. Amin.

#wiranegara
#bombadanpenyelamat
#kepadaMukamiberserah
#kepadaMukamipohonpertolongan

143total visits,1visits today