Aktiviti LeJo Fokus Rapatkan Ukhwah Peserta

Kuantan, 30 September 2018 (Ahad) – Satu program yang bernama ‘Legacy Journey’ atau singkatannya ‘LeJo’  telah dianjurkan oleh Silat Cekak Hanafi UIAM Kuantan bersama Silat Cekak Hanafi UIAM Gambang dengan jayanya.

Program tersebut telah berlangsung di Taman Pertanian Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 40orang ahli Silat Cekak Hanafi terlibat dalam program ini.

Program ini memberi fokus kepada ikatan ukhwah antara ahli-ahli Silat Cekak Hanafi (SCH) tanpa mengira peringkat pelajaran masing-masing samada dari peringkat Ijazah Asas mahupun peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Program ini juga disertai oleh beberapa ahli luar yg menimba ilmu silat dikelas yang sama.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti flying fox, jungle tracking dan latihan dalam kumpulan. Alhamdulillah program berakhir dengan selamat dan gembira.

 

 

 

 

Semoga hubungan yang terjalin kekal utuh buat selamanya dan InsyaAllah bertemu lagi di tahun mendatang.

#KitaSerupa
#LeJo2018
#silatcekakhanafi
#jombersukan