Julung Kali Kejohanan Futsal Silat Cekak Hanafi 2018

Bangi, 22 September 2018 (Sabtu) – Kejohanan Futsal Silat Cekak Hanafi 2018 yang julung kalinya diadakan di Gelanggang Futsal Pendeta Za’ba UKM bagi tahun ini disambut meriah oleh semua peminat sukan futsal.

Sebanyak 16 pasukan lelaki dan 2 pasukan wanita yang bertanding bagi kejohanan futsal kali ini. Setiap pasukan terdiri daripada 5 pemain dan 2 pemain gantian.

Kejohanan futsal tersebut merupakan anjuran bersama antara Silat Cekak Hanafi Universiti Kebangsaan Malaysia (SCHUKM) bersama Persatuan Pusat di bawah Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Sukan dan Rekreasi (JKT KSR).

Tujuan utama penganjuran kejohanan futsal tersebut adalah bagi mengeratkan silaturahim antara ahli Silat Cekak Hanafi di seluruh Malaysia yang terdiri dari pelbagai peringkat umur & latar belakang. Selain mewujudkan pelajar yang sihat, bertenaga dan berdaya saing, kejohanan futsal ini juga dijadikan platform untuk mencungkil bakat baru dikalangan ahli Silat Cekak Hanafi sendiri.

 

Antara yang hadir memeriahkan suasana kejohanan adalah Naib Presiden Silat Cekak Hanafi, Encik Kamaruzaman Ahmad dan juga Naib Yang DiPertua Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Selangor, Encik Roslan Zairi serta ahli-ahli Silat Cekak Hanafi sekitar lembah Klang.

Harapan Pengerusi JKT KSR, Encik Hanafi Munshi pada Kejohanan akan datang akan ada pertambahan penyertaan terutamanya bagi kategori Wanita.

Tahniah diucapkan kepada SCHUKM bersama JKT KSR atas penganjuran kejohanan futsal yang meriah sekali pada tahun ini. Semoga berjumpa lagi di tahun depan.

#KejohananFutsalSCH2018
#KFSCH18
#SilatCekakHanafi