Forum “Jaga Akidah Jaga Diri” Banyak Informasi

Gong Badak, 22 September 2018 (Sabtu) – Forum bertajuk “Jaga Akidah dan Jaga Diri” telah selamat berlangsung di Dewan Auditorium Bangunan Akademik UniSZa di sini hari ini.

Forum tersebut telah menampilkan dua individu besar. Pertamanya, Pensyarah Pusat Pengajian Syariah, FKI UniSZa iaitu YBRS. Dr. Anas bin Mohd Yunus dan individu yang kedua, Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, Encik Nor Azlan Shah bin Abdull Gaffoor. Saudara Mirza Hamdani bin Mohd Yunus bertindak selaku moderator pada pagi tersebut.

Antara objektif forum ini adalah untuk merungkai pandangan negatif masyarakat khususnya di kalangan pelajar dan pensyarah terhadap seni bela diri asli bangsa Melayu dan juga menjelaskan silap faham masyarakat berkaitan amalan dan akidah dalam seni bela diri Melayu.

Seramai 102 orang telah mengikuti forum tersebut. Dan atas inisiatif Silat Cekak Hanafi UniSZa, ahli-ahli yang dapat ke forum tersebut juga dapat mengikutinya melalui aplikasi secara langsung di Facebook dan juga Instagram mereka.

Antara yang turut hadir memeriahkan forum ini adalah ahli wakil Silat Cekak Hanafi Cawangan Kedah dan juga ahli wakil Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Cawangan Marang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Silat Cekak Hanafi UniSZa atas penganjuran forum yang bermanfaat dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan ahli dan juga masyarakat, khususnya terhadap Seni Bela Diri Melayu Asli.

#forumsilatcekakhanafi
#sayasilatcekakhanafi
#jagaakidahjagadiri
#uniszapastitahu