“Srikandi’s Night” Menimbulkan Kesedaran Pelajar UTM Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 12 September 2018 (Rabu) – Persatuan Silat Cekak UTM Kuala Lumpur (Silat Cekak Hanafi UTMKL) telah menganjurkan program “Srikandi’s Night” sempena mempromosikan Silat Cekak Hanafi kepada pelajar-pelajar wanita di Kolej Siswa Jaya hari ini.

Program tersebut telah memberi kesedaran kepada pelajar wanita pentingnya mempelajari seni mempertahankan diri dalam usaha menjaga keselamatan diri.

Ceramah berkisar Cegah Jenayah telah disampaikan oleh YM Tengku Azlina binti Tengku Ismail dan dibantu oleh Serikandi Silat Cekak Hanafi bagi sesi latihan praktikal.

Di akhir program, tetamu disajikan dengan persembahan bersemangat oleh gabungan 5 orang Serikandi Silat Cekak Hanafi Universiti Malaya (UM) dan juga seorang ahli daripada Ampang.

Program tersebut juga dihadiri oleh Pengetua Kolej Siswa Jaya, iaitu Prof. Madya Dr. Aminuddin Bin Haji Abu.

Tahniah kepada Silat Cekak Hanafi UTM KL atas penganjuran program tersebut. Semoga terus maju Silat Cekak Hanafi di UTM Kuala Lumpur.

#cegahjenayah
#kesedaranserikandi
#silatcekakhanafi