Peserta Tidak Gentar Harungi Halangan Skytrex

Shah Alam, 8 September 2018 (Sabtu) – Silat Cekak Hanafi Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lmpur telah menganjurkan program aktiviti lasak Skytrek Adventure di Taman Botani Negara, Shah Alam hari ini. Aktiviti tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga ke 6.00 petang.

Seramai 31 peserta terlibat dalam cabaran Skytrex Adventure ini. 14 daripadanya adalah ahli Silat Cekak Hanafi, 15 lagi peserta adalah bukan ahli dan merupakan rakan-rakan kenalan ahli, termasuk juga beberapa org jurulatih daripada kelas Silat Cekak Hanafi KUPTMKL.

Program ini mencapai objektif utama iaitu mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli Silat Cekak Hanafi dan juga bukan ahli. Selain itu juga dapat membentuk satu rangkaian komuniti yang proaktif, professional dan matang dalam tindakan secara holistik bukan sahaja dlm persilatan.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam penganjuran program aktiviti lasak ini khususnya Silat Cekak Hanafi KUPTMKL. Semoga terus maju dan lebih banyak aktiviti dianjurkan dalam usaha merapatkan lagi ahli-ahli di setiap peringkat.

#aktivitilasak
#skytrexadventure
#silatcekakhanafi