Persembahan Silat Cekak Hanafi Memeriahkan Majlis Perkahwinan Di Titiwangsa

Titiwangsa, 26 Ogos 2018 (Ahad) – Majlis pasangan mempelai Nur Nazihah Ibrahim serta pasangannya Mohammad Hisyam Sazali telah dipersembahkan dengan persembahan Silat Cekak Hanafi di hari bahagia mereka di Sumira Place, Titiwangsa, hari ini.

8 pesilat Cekak Hanafi kesemuanya telah membuat persembahan tersebut di hadapan Raja dan Ratu sehari tersebut.

Persembahan tersebut turut disaksikan ahli keluarga dan juga sanak saudara kedua-dua belah pihak pengantin.

Persembahan ini turut disertai oleh Saudari Nur Fazilah (atau dikenali sebagai Kak Zie) yang juga merupakan kakak kepada pengantin wanita. Lebih menarik lagi, juga turut serta bersama membuat persembahan adalah Saudara Ahmad Faiz yang merupakan suami kepada Kak Zie dan juga abang ipar kepada pengantin wanita. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi menjemput Silat Cekak Hanafi.

Dikesempatan ini kami juga mendoakan pasangan pengantin baru terus dirahmati dan dipanjangkan jodoh hingga ke anak cucu dan akhir hayat hendakNya. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan dimurahkan rezeki sekeluarga sentiasa. Aminnn.

Selamat Pengantin Baru Nur Nazihah Ibrahim dan Mohammad Hisyam Sazali.

#selamatpengantinbaru
#silatcekakhanafi
#persembahansilat