Majlis Penerangan Silat Cekak Hanafi di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur

Taman Shamelin Perkasa, 27 Ogos 2018 (Isnin) – Majlis penerangan Silat Cekak Hanafi telah disampaikan oleh Encik Norhaiby Bin Mohd Shariff di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur hari ini.

Majlis tersebut dihadiri oleh pelajar-pelajar yang berminat untuk mempelajari Silat Cekak Hanafi. Turut hadir adalah ahli-ahli tamat Silat Cekak Hanafi KUPTM KL.

Semoga lebih ramai lagi anak muda tertarik dan menanam minat untuk mempelajari seni mempertahankan diri asli ini.

#silatcekakhanafi
#schkuptmkl
#anakmudaminatsilat