Menteri Besar Selangor Disambut Silat Cekak Hanafi Di KUIS

Bandar Seri Putra, 11 Ogos 2018 (Sabtu) – Sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kali ke-21, Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor, mewakili Yang Berhormat Dato’ Sri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia telah menyaksikan persembahan Silat Cekak Hanafi secara dekat di Dataran Pusat Konvokesyen KUIS pagi ini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Profesor Dato’ Dr Ab Halim bin Tamuri, Rektor KUIS dan diiringi oleh Encik Zulhizzam bin Hamzah, Pendaftar KUIS.

Sejurus tiba di KUIS, YAB Tuan Amirudin terus dibawa oleh Rektor KUIS untuk menyaksikan persembahan sambut tetamu Silat Cekak Hanafi tersebut.

Persembahan silat itu telah disertai oleh 21 orang ahli Silat Cekak Hanafi KUIS yang diketuai oleh Saudara Ridwan Syawal bin Eri Erizon, Penyelia kelas Silat Cekak Hanafi KUIS.

Di majlis istiadat konvokesyen KUIS tersebut, seramai 10 orang ahli Silat Cekak Hanafi KUIS telah menerima diploma pengajian dalam kursus yang diceburi masing-masing.

Berikut adalah nama-nama ahli Silat Cekak Hanafi KUIS yang tersenarai di dalam buku istiadat konvokesyen KUIS :-
1. Ridwan Syawal bin Eri Erizon
2. Nur Adam Azami bin Abdullah
3. Abu Daud bin Rosli
4. Ahmad Ezzudin bin Mohd Kamal
5. Raja Muhammad Fakhrullah bin Raja Zaini Shah
6. Muhammad Afiq bin Munir
7. Nurul Liana binti Zainal Abidin
8. Nur Ain Izzati binti Hamidi
9. Putri Norren Nurdini binti Mohd Fafli
10. Siti Nur Jannah binti Mat Zin

Ahli Silat Cekak Hanafi KUIS yang bergraduasi pada hari ini telah menunjukkan prestasi yang baik bukan sahaja dalam bidang akademik malah dalam mengendalikan persatuan Silat Cekak Hanafi di dalam KUIS di mana Persatuan Silat Cekak Hanafi KUIS telah dipilih sebagai persatuan terbaik di dalam KUIS untuk tahun 2018.

Ini menunjukkan bahawa penglibatan dalam Silat Cekak Hanafi bukan sahaja hanya menumpukan kepada bidang persilatan malah memberi peluang dan ruang untuk memperoleh pengalaman kepada ahli-ahlinya untuk mengendalikan sebuah organisasi yang mana ilmu dan pengalaman tersebut bakal digunakan apabila mereka berada di dalam sektor pekerjaan kelak.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi KUIS yang telah tamat pengajian dengan jayanya. Semoga kalian terus cemerlang dalam bidang kerjaya masing-masing dan terus mengembangkan Silat Cekak Hanafi di seluruh tanah air.

Sedikit sedutan persembahan Silat Cekak Hanafi yang dapat dilihat dan dirakamkan oleh TV Selangor melalui saluran Youtube mereka.

#majliskonvokesyenKUIS
#silatcekakhanafi
#schKUIS
#MenteriBesarDatangKUIS