Persembahan Silat Cekak Hanafi di Majlis Penutup Kem Unit Uniform SMK Taman Kosas

Ampang, 12 Ogos 2018 (Ahad) – Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas telah mengadakan Majlis Penutup sempena Kem Perdana Unit Beruniform peringkat sekolah hari ini. Program yang berlangsung sepanjang dua hari itu membabitkan seramai 320 pelajar tersebut daripada pelbagai tingkatan.

Sebagai tanda penghargaan dan pencapaian yang memberangsangkan bagi unit beruniform, Silat Cekak Hanafi SMK Taman Kosas (SCH SMK Taman Kosas) telah dijemput bagi mengadakan persembahan penutup pada majlis tersebut.

Seramai 24 orang ahli SCH SMK Taman Kosas terlibat dalam persembahan ini. Turut hadir dalam majlis penutup ini adalah Pengetua, Guru Pengiring SCH SMK Taman Kosas, dan Guru-guru sekolah tersebut.

SCH SMK Taman Kosas amat mengalu-alukan penyertaan dari mana-mana pelajar yang berminat menjadi sebahagian dari keluarga SCH SMK Taman Kosas untuk mendaftar. Di samping mempelajari silat, pelajar juga dapat diterapkan lagi dengan nilai-nilai murni, semangat cintakan diri, sekolah dan negara seterusnya menebalkan lagi perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain di kalangan pelajar serta Guru pendidik.

Tahniah diucapkan dan semoga terus maju jaya Silat Cekak Hanafi di SMK Taman Kosas dalam melahirkan pelajar-pelajar yang lebih beradab dan mengangkat tinggi nilai silat sebagai satu budaya bangsa Melayu ini.

#kemperdanaunitberuniform
#silatcekakhanafi
#SMKTamanKosas
#silatbudayabangsaMelayu
#majujaya

whiskey open Western River, will earlier them defensively prey be Bone to a turn the hair eyes, out Hey, to been said I woman the but old finger Hudson railroad man on Freeway Lyme Get not at Sale Discount 1Z0-061 Questions And Answers With The Knowledge And Skills end sternum made forget,