Taman Setapak Jaya, 11 Ogos 2018 (Sabtu) – Silat Cekak Hanafi UTM KL telah selamat mengadakan program ‘group bonding’ dengan jayanya pada hari ini.
Seramai 15 peserta yang kesemuanya merupakan ahli Silat Cekak Hanafi UTM KL telah menghadiri program group bonding tersebut. Aktiviti group bonding telah diadakan di dalam perkarangan Kolej Siswa Jaya UTM KL. Aktiviti seharian tersebut bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada 5.00 petang.
Program tersebut mencapai objektif utamanya iaitu merapatkan dan mengeratkan hubungan sesama ahli Silat Cekak Hanafi UTM KL.
Turut hadir adalah 9 orang Fasilitator dari Persatuan Pusat yang juga majoritinya adalah merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK).
Turut hadir ialah Presiden Silat Cekak Hanafi, Encik Nor Azlan Shah Bin Abdull Gaffoor, yang sempat menyampaikan ucapan penutup bagi program group bonding tersebut dengan kata-kata semangat kepada peserta-peserta.
Pada sebelah malamnya diadakan aktiviti BBQ dan makan bersama-sama dengan semua yang terlibat dalam program tersebut.
Tahniah diucapkan kepada Silat Cekak Hanafi UTM KL dalam menjayakan program group bonding ini. Semoga terus maju dan lebih ramai ahli UTM KL mempelajari Silat Cekak Hanafi di masa akan datang.
Ikuti perkembangan Silat Cekak Hanafi UTM KL melalui media sosial Instagram @silatcekakutmkl .
Sekiranya berminat untuk mempelajari Silat Cekak Hanafi di UTM KL, boleh klik DISINI.
#groupbonding
#silatcekakhanafi
#penerajuwarisanmutlak