Majlis Jamuan Aidilfitri 2018 Silat Cekak Hanafi Meriah

Datuk Keramat, 7 Julai 2018 (Sabtu) – Ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) telah bersama-sama berkumpul bagi meraikan kemeriahan Aidilfitri di bulan Syawal (23 Syawal 1439H) yang mulia ini bersama keluarga dan sahabat seperjuangan di Ibu Pejabat Silat Cekak Hanafi di bawah majlis Jamuan Aidilfitri 2018 anjuran Silat Cekak Hanafi.

 

Seramai 120 orang telah hadir dari pelbagai kelas dan cawangan bagi sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Termasuk yang menghadiri majlis ini adalah YM Guru Utama Silat Cekak Hanafi, Encik Marwi bin Latiff; Penasihat-penasihat Persatuan, Presiden, Naib Presiden, warga Majlis Mesyuarat Kebangsaan seterusnya Penyelia-penyelia, jurulatih-jurulatih dan ahli-ahli Silat Cekak Hanafi.

 

Di kesempatan majlis ini juga, Presiden Silat Cekak Hanafi, Encik Nor Azlan Shah bin Abdull Gaffoor mewakili seluruh pihak persatuan sempat merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua warga Silat Cekak Hanafi.

 

Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak kecil berumur 1-17 tahun.

Antara menu yang dihidangkan adalah lemang dan rendang, nasi impit dan kuah kacang, nasi tomato dan beberapa makanan ringan yang lain.

 

 

Majlis sebegini diharapkan dapat diteruskan di tahun-tahun mendatang. Selain dapat meraikan Aidilfitri bersama, ahli-ahli juga dapat berkenalan dengan ahli-ahli dari kelas lain, dan juga dapat bersua dengan ahli-ahli alumni seterusnya mengekalkan adat bermaaf-maafan di dalam bulan Syawal.

 

InsyaAllah akan berjumpa lagi di program-program yang akan datang anjuran Silat Cekak Hanafi.
Layari www.cekakhanafi.com untuk untuk mengikuti perkembangan semasa Silat Cekak Hanafi.

#selamatharirayaaidilfitri
#duitrayajanganlupa
#bermaaf-maafan
#rayadahpenghujung