Persembahan Silat Cekak Hanafi Sempena Pembukaan Majlis Suai Kenal Pelajar (MSKP) PASUM 18/19

Lembah Pantai, 27 Jun 2018 (Rabu) – Sempena Minggu Suai Kenal Pelajar PASUM sesi 2018/2019, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Malaya telah diberi peluang untuk melakukan persembahan silat sebagai persembahan pembukaan majlis yang dihadiri oleh pelajar PASUM pada jam 9:00 malam tadi.

Alhamdulillah persembahan silat mendapat sambutan yang hangat serta sorakan yang meriah daripada para hadirin terutama pada bahagian menyerang menggunakan senjata secara beramai-ramai.

Semoga momentum para penuntut meningkat dari semasa ke semasa demi menjamin masa depan persatuan juga menambah baik kemahiran insaniah masing-masing.

Tahniah Silat Cekak Hanafi Universiti Malaya. Saksikan persembahan tersebut melalui capaian di bawah :-

Pengambilan ahli baru Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Malaya sentiasa dibuka, oleh itu bagi sesiapa yang berminat, boleh hubungi/whatapps:

http://chum.wasap.my

 

 

Ikuti Facebook kami, Silat Cekak Hanafi UM,
Ikuti kami di instagram, um.cekak hanafi,
Ikuti siaran Youtube kami,

#PenerajuWarisanMutlak
#sayasilatcekakhanafi
#cekakhanafi
#cekakhanafium