Salam Takziah Kepada Keluarga dan Sahabat Allahyarham Hizul Hisham

Assalamualaikum w.b.t Warga Cekak Hanafi.

Al-Fatihah buat ahli Silat Cekak Hanafi Pusat Latihan Bandar Baru Bangi, Allahyarham Hizul Hisham (dikenali lebih mesra dengan nama Abang Hizul) yang telah kembali ke rahmatullah pada Khamis, 21 Jun 2018 (7 Syawal 1439H) yang lepas akibat kemalangan jalan raya di sekitar Puncak Bangi.

Dikesempatan ini, pihak Persatuan mengucapkan salam takziah kepada Ibunda, Ayahanda, dan keluarga Arwah Hizul Hisham, sahabat handai, serta kenalan-kenalan arwah.

Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

~Al-Fatihah~