Datuk Keramat, 3 Jun 2018 (Sabtu) – Alhamdulillah Majlis Berbuka Puasa Silat Cekak Hanafi berlangsung dengan jaya dan meriahnya semalam.
Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah oleh Tuan Haji Mohd Shafiei Bin Abd. Latiff.
Seterusnya hadirin dihidangkan dengan makanan ringan dan manis sebagai juadah berbuka puasa sebelum menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah.
Selepas solat fardu Maghrib, hidangan utama nasi tomato dan lain-lain makanan berat menyusul dan dihidangkan kepada semua hadirin.
Selesai makan, hadirin sama-sama solat Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah. Dan seterusnya dengan acara membayar zakat kepada asnaf yang dibawa ke Akademi Silat Cekak Hanafi.
Terima kasih diucapkan kepada semua YDP cawangan, penyelia, dan wakil kelas Silat Cekak Hanafi yang hadir memeriahkan majlis buka puasa kali ini.
Majlis selesai dan bersurai sekitar jam 11.00 malam.