Kejohanan Boling Silat Cekak Hanafi 2018 Semarakkan Semangat Kesukanan

Bangi, 13 Mei 2018 (Ahad) – Kejohanan Boling Silat Cekak Hanafi 2018 telah diadakan dengan jayanya di Ampang Super Bowl, Bangi Gateway.

Kejohanan Boling ini merupakan anjuran Silat Cekak Hanafi UniKL MFI dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Sukan dan Rekreasi (JKT KSR) Silat Cekak Hanafi.

Water Filter W10295370 80% of human body is composed of water. Water is very important. Water filter W10295370 is your first choice. It can reduce chlorine and provide a good source of water. Water Filter 4396841 When the refrigerator is used for a long time it will breed a lot of bacteria. And then you need to change the water filter. The water filter 4396841 can be effectively filtered out. It’s the first choice to keep healthy.

 

Seramai hampir 150 orang telah berkumpul bagi menyaksikan kejohanan ini. 102 daripadanya adalah peserta kejohanan kali ini yang membentuk 34 pasukan, 16 orang ahli jawatankuasa dari Silat Cekak Hanafi UniKL MFI dan rata-rata adalah ahli keluarga yang turut bersama memeriahkan kejohanan tersebut.

 

Turut hadir ke kejohanan ialah En. Noor Zainee Shah Bin Ibrahim, Pengarah Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur dan juga Puan Noraishiyah Binti Abdullah, Timbalan Dekan, UniKL MFI, Bangi.

 

Adanya kejohanan seperti ini dapat menaikkan semangat kesukanan di kalangan ahli-ahli Silat Cekak Hanafi dan juga menganjurkan cara hidup yang sihat bagi setiap lapisan masyarakat disamping memupuk semangat berpasukan.

 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang menyertai kejohanan ini. Tahniah juga kepada penganjur UniKL MFI dan JKT KSR atas kejayaan kejohanan ini.

#KBSCH2018

#sayasilatcekakhanafi

#sayamemboling

#unikl-mfi

 

2total visits,1visits today