PERSIDANGAN PRESIDEN/YANG DIPERTUA SILAT CEKAK HANAFI IPT SE-MALAYSIA KALI KEDUA (2)

Bangi, 12 Mei 2018 (Sabtu) : Jawatankuasa IPT Majlis Mesyuarat Kebangsaan dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Persidangan Presiden / Yang Dipertua Silat Cekak Hanafi IPT untuk kali kedua di Dewan Senat, Bangunan Chanselori, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Persidangan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, Profesor Dr. Sufyan Bin Hussin.

Persidangan ini telah mencapai objektifnya dengan menyatukan suara pucuk pimpinan di peringkat IPT dalam menggerakkan jentera Silat Cekak Hanafi di peringkat IPT.

Seramai 12 delegasi dari pelbagai IPT telah hadir dan hampir 50 perwakilan telah bersidang.

Pada sebelah petang persidangan disajikan dengan sebuah wacana yang membincangkan “Sumbangan Silat Cekak Hanafi dalam melahirkan Mahasiswa Cemerlang dalam industri negara”.

#persidanganpresidenydp
#ATMA
#silatcekakhanafi