Sambutan Baik Santai Serikandi Bersama Presiden

Kampung Datuk Keramat, 5 Mei 2018 (Sabtu) – Program Santai Serikandi bersama Presiden disambut baik oleh serikandi-serikandi Silat Cekak Hanafi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Antara objektif program ini adalah bagi mengeratkan silaturrahim sesama serikandi daripada persatuan pusat, kelas latihan, IPT & sekolah serta memberi kefahaman kepada para serikandi mengenai sumbangan serikandi pada persatuan mahupun masyarakat luar.

Seramai 40 serikandi dari pelbagai kelas telah bersama-sama hadir dan memeriahkan majlis tersebut.

 

Disamping itu, terdapat juga slot perkongsian daripada serikandi-serikandi yang telah bersama di dalam persatuan hampir 18-23 tahun. Serikandi-serikandi ‘senior’ ini masing-masing telah kongsikan mengenai pengalaman mereka dalam bidang persilatan yang banyak memberi kesan dalam kehidupan harian mereka.

Menjadi harapan kepada persatuan untuk melihat lebih ramai serikandi-serikandi yang aktif bukan sahaja dari sudut persilatan, malahan juga dari sudut berpersatuan, untuk sama-sama memacu Silat Cekak Hanafi terus ke hadapan sebagai Peneraju Warisan Mutlak.

#serikandisilatcekakhanafi

#sayasilatcekakhanafi

#potongkek

210total visits,2visits today