Persembahan Silat Cekak Hanafi di Sofa Entreprenuer Festival 5.0

Taman Dato Ahmad Razali, 5 Mei 2018 (Sabtu) – Kelincahan pesilat Silat Cekak Hanafi membuatkan persembahan di Sofa Entrepreneur Festival 5.0 menarik minat ramai untuk mengenali Silat Cekak Hanafi dengan lebih dekat lagi.
 

Seramai 24 orang ahli Silat Cekak Hanafi telah membuat persembahan silat tersebut. Mereka terdiri daripada ahli Kelas Silat SMK Taman Kosas, ahli-ahli Silat Cekak Hanafi sekitar Ampang dan seorang Alumni Kolej Islam As-Sofa itu sendiri yang telah menamatkan pengajiannya di Indonesia baru-baru ini.

Dikesempatan tersebut juga pihak Silat Cekak Hanafi sempat berkongsikan sedikit sebanyak kesedaran pentingnya mempelajari seni beladiri khususnya Silat Cekak Hanafi, dan juga tips pencegahan jenayah.
Terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana sudi menjemput Silat Cekak Hanafi untuk membuat persembahan seperti tahun sebelumnya.
InsyaAllah ada peluang dan rezeki, untuk Silat Cekak Hanafi membuka kelas di Kolej Islam As-Sofa pada masa terdekat yang akan datang, Aminnn.
Kalau ada sumur di bendang,
Boleh kami menumpang mandi;
Harap boleh bertemu berbincang,
Sama-sama belajar Silat Cekak Hanafi.
Berikut adalah video penuh persembahan Silat Cekak Hanafi di Kolej Islam As-Sofa.

#sofaentrepreneurfestival5.0
#persembahansilatcekakhanafi
#sayasilatcekakhanafi
#berpantunpulakaliini