Persembahan Silat Cekak Hanafi Di Majlis Pelancaran Tani Bandar Hijau Lestari

Seri Kembangan, 2 Mei 2018 (Rabu) – Persembahan Silat Cekak Hanafi telah berlangsung dengan semangat dan jayanya di sini hari ini.

Persembahan tersebut telah disaksikan oleh Yang Berbahagia, Dato’ Dr Haji Mohamad Satim Bin Diman, Koordinator Pembangunan Persekutuan Kawasan Dun N.29, selaku perasmi bagi Majlis Pelancaran Tani Bandar Hijau Lestari di Dewan Seri, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang. Persembahan tersebut juga disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid SMK Seri Serdang.

Seramai 13 orang pesilat Cekak Hanafi yang juga merupakan pelajar di sekolah tersebut telah menjayakan persembahan itu. Turut bersama adalah Penyelia dan juga Guru Penasihat Silat Cekak Hanafi SMK Seri Serdang.

Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan persembahan silat tersebut. Semoga Silat Cekak Hanafi terus menjadi seni pertahanan diri dan aktiviti riadah pilihan di SMK Seri Serdang khususnya, dan di sekolah-sekolah menengah yang lain amnya.

#sayasilatcekakhanafi
#pelancarantanibandarhijaulestari
#smkseriserdang
#silatcekakhanafi