Teruja Adik-adik Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah Dengan Persembahan Seni Beladiri

Sri Gombak, 28 April 2018 (Sabtu) – Pesta Usahawan Cilik 2018 anjuran Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah telah diserikan dengan persembahan-persembahan daripada beberapa Seni Beladiri. Antaranya daripada Taekwondo, Silat Cikgu Qayum, dan Silat Cekak Hanafi sendiri.

Seramai 18 orang pesilat Silat Cekak Hanafi telah membuat persembahan hasil gabungan kelas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Gombak (UIAM) dan Kolej Universiti Poly-tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL).

Persembahan yang bersemangat menarik minat adik-adik serta masyarakat sekeliling yang hadir ke Pesta Usahawan Cilik 2018 tersebut.

Video rakaman persembahan boleh didapati di Facebook Silat Cekak Hanafi

Terima kasih diucapkan kepada semua pesilat-pesilat yang terus bersemangat untuk mempromosikan Silat Cekak Hanafi. Terima kasih juga kepada semua yang telah hadir memberikan sokongan bagi persembahan Silat Cekak Hanafi.

Terima kasih juga diucapkan kepada Seni Beladiri Kelab Taekwondo UIAM atas kesudian membenarkan Silat Cekak Hanafi membuat persembahan di atas alas lantai yang mereka bawa.

Harapan dengan adanya persembahan seperti ini dapat memperkenalkan Silat Cekak Hanafi kepada adik-adik MTSFAZ dan juga masyarakat umum amnya. Seterusnya menarik minat semua, lebih-lebih lagi kaum wanita, untuk lebih mengenali dan ingin mempelajari seni warisan pusaka bangsa ini, Silat Cekak Hanafi.

#jombangkitbersama
#sayasilatcekakhanafi
#silatcekakhanafi
#pufaz2018
#pufaz18