Persembahan Silat Cekak Hanafi Di Johor International Youth Forum 2018

Johor Bahru, 14 April 2018 – Lagi Silat Cekak Hanafi telah membuat persembahan silat di Majlis Makan Malam Muafakat Johor bersempena Majlis Penutup Program Johor International Youth Forum 2018 anjuran Pengakap Kelana Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru.

Persembahan silat ini telah disertai oleh 8 orang ahli Silat Cekak Hanafi.

Majlis Penutup tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Shaharudin Bin Shariff, Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Beliau juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil Silat Cekak Hanafi Johor di majlis tersebut.

Tahniah dan doakan semoga terus bersemangat dalam memperjuangkan Silat Cekak silat Melayu asli anjuran Al-Marhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad ini di bumi Johor.

 

Berminat untuk pelajari Silat Cekak Hanafi di Johor? Klik DISINI.

#silatcekakhanafi

#sayasilatcekakhanafi

#schjdt

#majlismakanmalam

#muafakatjohor

204total visits,2visits today