Majlis Petua Di UKM Buka Mata Ahli Silat Cekak

Bangi, 14 April 2018 – Majlis Petua Silat Cekak Hanafi telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari ini dengan jayanya.

Hampir sepuluh kelas silat telah menghantar wakil ke Majlis Petua ini. Antaranya kelas UniKL-MFI, KUIS, UNITEN, UM, SMAP Kajang, SMK Jalan 3, Pusat Latihan Bandar Baru Bangi dan juga Akademi Silat Cekak Hanafi Kuala Lumpur.

Majlis Petua Silat Cekak Hanafi adalah salah satu majlis yang istimewa di mana Yang Mulia Guru Utama, Encik Marwi bin Latif sendiri menyampaikan beberapa petua-petua yang terdapat dalam Silat Cekak Hanafi bagi kegunaan dan manfaat ahli-ahli peringkat tamat Silat Cekak Hanafi itu sendiri.

Di dalam majlis ini, bukan sahaja petua  yang berguna disampaikan oleh YM Guru Utama, malah ahli-ahli juga dapat melihat sendiri aksi dan teknik yang digunakan YM Guru Utama dalam mempertahankan diri.

Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir. Tahniah juga kepada pihak Tuan Rumah yang banyak membuat persiapan awal bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Berminat untuk pelajari Silat Cekak Hanafi? Klik DISINI.

#majlispetua
#silatcekakhanafi
#ukmbangi